Assalamualaikum w.b.t
Salam perkenalan semua.
Bermula pada hari ini, aku akan menulis segala- gala yang berlaku atau dijangka akan berlaku di dalam blog aku ni. “Segala- galanya” dalam blog aku ni bermaksud = semua perkara yang ada di Malaysia atau di dunia ni. Personaliti, Politik, Sosial, Sukan, Agama, Teknologi dan sebagainya akan aku isukan dalam blog ni. Ikut kesesuaian semasa dan masa lapang/ terluang yang aku ada.
Kenapa? Sebab, aku ingin menyertai rakan bloggers yang lain dalam memberikan pandangan dan pendapat tanpa gangguan dan sekatan daripada mana- mana pihak. Takde tangan- tangan lain yang akan edit apa yang aku nak tulis. Takde otak- otak lain yang akan menyanggah pendapat aku sebelum aku sempat berkata- kata atau menulis. So, semuanya adalah atas aku dan aku BERTANGGUNGJAWAB untuk setiap tulisan yang akan dipost di sini. Segala tulisan/ artikel yang akan aku siarkan di sini tidak menyebelahi atau mewakili mana pihak- pihak.
Walaubagaimanapun, aku faham, disebalik kebebasan yang ada dalam dunia blogger ini, aku juga BERTANGGUNGJAWAB dalam memastikan setiap tulisan dan artikel yang tersiar di sini akan mengambilkira sensitiviti masyarakat umum, khususnya di Malaysia ni. Iyelah, kitakan negara berbilang kaum. Banyak kepala yang mewakili bangsa masing- masing. So, kena hormat orang lain. Barulah orang akan hormat kita balik. Begitu juga aku harap pada korang- korang yang berminat untuk komen atau berkongsi cerita kat sini, kenalah tahu batasan- batasan kebebasan yang ada. Sebab aku pun tak berminat atau gemar nak edit- edit apa yang korang nak tulis. Pada aku, semua orang BERHAK dan BEBAS memberikan pendapat masing- masing. Tapi yang macam aku cakap kat atas tadi, biarlah KEBEBASAN YANG BERTANGGUNGJAWAB!
Tajuk blog aku ni – PERHATI DENGAR FIKIR bermaksud, segala tulisan atau artikel aku adalah based on benda atau perkara yang aku PERHATI dan DENGAR. Kemudian aku akan buat kesimpulan atas peMIKIRAN aku sendiri. Apa yang aku PERHATI atau DENGAR ni, mungkin boleh jadi dari sumber yang berfakta, berspekulasi dan persepsi dari persekitaran aku. Jadi aku amik semua tu, dan aku FIKIRkan ulasan dan kesimpulannya. Samaada apa yang aku PERHATI dan DENGAR tu betul atau tidak, itulah apa yang sebenarnya sedang berlaku dan diperkatakan oleh orang sekeliling aku. Itulah HAKIKAT yang kita kena terima. Korang boleh komen dan bincangkan dalam blog ni kalau korang nak. Kerana aku tahu, setiap komen yang korang bagi adalah berdasarkan objektif hidup kita semua yang sama iaitu, untuk – HIDUP AMAN DAMAI ANTARA SATU SAMA LAIN DALAM MENJAGA BUMI ANUGERAH TUHAN INI. Sape2 yang objektif hidup dia lain, ikut korang lah... kerana yang pasti satu masa nanti, kita tetap akan berkongsi objektif yang sama ni..
Salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment