Assalamualaikum w.b.t
Erm... ok, this is my first posting..
da lama da aku nak tulis pasal benda ni. Cuma masa je takde. Actually, sekarang ni masa pun takde sangat, tapi sebab banyak sangat artikel2 dan tulisan2 pasal MAHATHIRISM ni, aku pun nak tumpang sekali meng’hentam’ isu ini.
Ketika era kepimpinan Tun Mahathir Mohamad (Mahathirism) dulu, banyak sangat kesilapan- kesilapan yang telah dilakukan. Tetapi kesannya tidak dirasa ketika itu, tapi dirasai pada masa sekarang ni.
Sebelum aku hurai panjang lebar, biar aku listkan kat sini apakah bentuk kesilapan yang dibuat oleh Tun dulu. So, check it out kat bawah ni :
KLIA
SEPANG F1
PUTRA JAYA
CYBER JAYA
MONORAIL
ERL
KTM KOMUTER
KL TOWER
KLCC
SEKOLAH WAWASAN
TWIN TOWER
PENANG BRIDGE
PROTON
dan lain- lain lagi....
Semua perkara dan benda yang aku senaraikan kat atas ni sebenarnya membawa banyak KESAN BURUK kepada negara Malaysia pada masa sekarang. Kesan dia mula terasa 2 tahun selepas Tun pencen (aku rasa la), sampai la sekarang ni.
Kenapa? Apa kesannya pada masa sekarang?
Tun bawa Malaysia advance sangat. Pembangunan sangat pesat sehinggakan apa sahaja projek yang dibawa memberi manfaat kepada semua orang. Orang sume dapat kerja dengan gaji yang bagus bagus. Dapat pendidikan ke tahap tertinggi. Boleh belajar sampai ke Jepun atas Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan. Membangunkan KLCC, SEPANG F1 dan macam2 lagi sampai Malaysia jadi terkenal. Malaysia jadi terkenal cepat sangat sampai orang luar berebut- rebut nak melabur kat Malaysia. Da la orang luar melabur, pastu kita rakyat Malaysia dapat kerja lagi hasil pelaburan2 tu semua.
Jadi apa yang buruknya?? Buruknya apabila semua rakyat Malaysia sudah mula rasa selesa dengan pembangunan yang dibawa semasa era MAHATHIRISM. Mereka sudah tidak peduli dengan apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kerana mereka beranggapan negara Malaysia sudah stabil. Sudah berada pada tahap tertinggi Malaysia Maju. Malaysia tidak perlu lagi takut pada ancaman luar. Tiada siapa nak perang Malaysia. Malaysia da cukup membangun dan akan terus membangun. Mana- mana parti politik kat Malaysia sudah boleh duduk kat tampuk pemerintahan kerajaan. Malaysia tidak akan terjejas kalau- kalau berlaku peralihan tampuk pemerintahan.
Aku terfikir bagaimana agaknya Malaysia kalau bukan Tun Mahathir yang jadi Perdana Menteri dulu. Mesti rakyat Malaysia sekarang struggle untuk meningkatkan taraf ekonomi masing- masing. Ye lah, dasar- dasar pelaburan dan pembangunan mungkin akan bergerak perlahan. Parti- parti politik selain daripada kerajaan Barisan Nasional pun agaknya sukar mengadakan kempen. Nak kempen kena ada duit. Buat stage, poster, panggil penceramah. Rakyat Malaysia pula da tentu tak keluar dengar kempen sebab masing- masing struggle nak tingkatkan taraf hidup. Bila da jadi camtu, dah tentu takde mana- mana parti politik nak menguasai Malaysia. Takde la sapa- sapa sibuk nak menguasai kerajaan sebagaimana yang berlaku sekarang ni. Sampai nak bertumbuk dan bergaduh2. Kecuali PAS, sebab mereka berjuang atas nama Islam (dulu la, sekarang nampaknya da lain sikit.) Dan juga DAP (itupun sebab dulu diorang perjuangkan untuk satu kaum diorang je)
Jadi apabila MAHATHIRISM advanced sangat bangunkan Malaysia, inilah hasilnya sekarang. Malaysia, pada aku sekarang sudah sangat kaya. Nafsu untuk menguasai lebih tinggi daripada Kesedaran untuk terus membangunkan Malaysia. Rakyat Malaysia pun dah takde masalah nak kuar sumbang duit untuk parti parti politik lain. Sebab era Mahathirism sedikit sebanyak (banyak aku rasa...) telah membantu meningkatkan pendapatan setiap rakyat Malaysia dengan dasar- dasar pembangunannya. Nak dengar ceramah sampai 5 6 jam pun tak pe. Dengar ceramah maki hamun kutuk sana sini at least adalah hiburan alternatif lain. Kerja kat pejabat da tak payah pikir lah. Sekarang macam- macam ada, komunikasi pun senang. Kan ada handphone, internet. (Handphone and internet ni pun zaman Mahathir gak ni. Kan da cakap keburukkan semua ni).
Keadaan sekarang diburukkan lagi dengan kemunculan generasi pasca merdeka. Mereka ni hidup- hidup terus da rasa selesa. Tak pernah melalui zaman- zaman jepun komunis dan sebagainya. Mereka ni lahir je, (kebanyakkannya masa era MAHATHIRISM), semasa kemudahan semakin banyak dibangunkan. Dapat pelajaran bagus- bagus. Masuk zaman kerja, gaji pertama da bole beli kereta. Ni sebab pembangunan oleh MAHATHIRISM ni la. Banyak projek- projek besar yang dibuat oleh MAHATHIRISM ni membuka peluang kepada projek- projek dan perniagaan2 kecil. Semua orang boleh dapat kerja. (Kecuali yang pemalas tu lain cerita la).
Kesimpulannya, daripada apa yang aku perhati dan dengar, aku terfikir. Malaysia ni agaknya lebih baik kalau Tun Mahathir tak jadi PM dulu. Supaya semua orang concentrate untuk tingkatkan taraf ekonomi masing- masing, rather than boleh duduk bersembang kutuk orang sana kutuk orang sini. Dengar ceramah- ceramah yang meningkatkan semangat kebencian antara golongan itu dan golongan ini.
Tapi, kalau takde orang macam Tun Mahathir yang kaya dengan dasar- dasar pembangunan berkelas tinggi, concentrate macammana pun, taraf ekonomi kita takkan berubah dengan ketara dan cepat. Sampai bila kita nak maju tu?
Habis tu, buruk ke tak buruk MAHATHIRISM ni?
p/s : aku baru lagi dalam bidang penulisan blog ni. Mungkin ada kesilapan sana sini. Mungkin juga maksud aku tak sampai kepada korang semua. Tapi siapa yang faham, fahamlah. Yang tak faham, kita bincangkan lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Waalaikumussalam wbt..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan saudara. Tiada apa yang menarik untuk saya paparkan dalam blog saya kecuali isi hati dan buah fikiran saya sebagai anak muda yang lahir pasca merdeka (sbgmn yg saudara ungkapkan).
Saya berkongsi kebimbangan yang sama dengan saudara. Soalan2 yg saudara ajukan sering juga menghambat fikiran saya sebelum ini.
Namun,kini,saya jelas dengan kehendak saya. Kehendak kami. ANAK MUDA MALAYSIA.
Saudara Dysh,
Kami lahir sekitar tahun 80-an. Kami dibesarkan dengan suasana yang cukup unik dan pelbagai di Malaysia.
Kami lahir ketika ekonomi sedang pesat berkembang. Kereta malaysia pertama dipasarkan. Bangunan2 pencakar langit didirikan. Polisi2 ekonomi yng positif diperkenalkan. Kami bersyukur. Kami gembira.
Tapi,pada masa yang sama, kami juga saksikan Institusi kehakiman diporak-perandakan. Rasuah dan salah guna kuasa melata. Undang2 diswastakan. Rakyat menanggung beban. Islam dipermainkan. Anak bangsa diperkecilkan.Anak muda dikekang.
Dan pelbagai lagi kebobrokan yang berlaku.
Angkara siapa??
Pemerintah atau pembangkang?
Melayu atau Cina atau India atau Sikh atau Kadazan??
Muslim atau Kafir??
Andai saudara benar2 mencermati tulisan2 saya dalam blog ini, saudara mungkin mampu faham kehendak saya.
Kami mencari kebenaran. Hanya kebenaran. Yang terkandung di dalamnya KEADILAN, KESAKSAMAAN, KESEJAHTERAAN dan KESUSILAAN.
Siapa yang bakal merealisasikan impian ini?
Pembangkang??
Atau pemerintah??
Kami tidak pasti..
Kami hanya bersama mereka yang ikhlas dan bersungguh2 ingin bangunkan Malaysia dan anak bangsa Malaysia...